Monday 28 January 2013

Kelas Terakhir Kimia Sem1 (Part ii)

Sambungan untuk Part i

Mengenai Orang yang duduk berhampiran

Munirah(yg dihadapan) memakai baju berwarna jingga bercorak bunga berwarna merah hati, bertudung jingga berkerongsang biru 2unit dan memakai cermin mata. Dia sedang memegang pen berwarna lutsinar dan kelihatab label harga yang masih belum ditanggalkan pada pen itu dan dakwat pen itu ialah biru.

Liyana(dduk di sebelah kanan) melihat di hadapan kelas dan menjenguk ke belakang sejenak kemudian dia melihat pada lengan bajunya lalu membelek lengan bajunya. Dia sedang menyalin apa yang tertulis pada papan putih. Dia memegang pensilnya menggunakan tangan kanannya dan kelihatan adas taki lalat pada ibu jarinya. Dia menulis Tanpa memandang kertas yang ditulisnya, Wah!! Menakjubkan, dia mengambil pemadamnya lalu memadam tulisan pada kertasnya.
Pemadamnya yang berwarna hijau bersalut label jenama STABILO. Dia mengambil kalkulator Anas untuk mengira bagi mendapatkan jawapan untuk soalan yang diberikan,

Idlan*(MIBH) ketua praktikum K4P4 yang duduk di meja belakang di kelas sedang bermain bunyian menggunakan lidahnya sambil menggoyangkan kerusi yang diduduk olehnya. Dia tertawa kecil kerana rakan2 nya membuat sedikit jenaka untuk menghiburkan dan memeriahkan lagi suasana kelas.

Kelihatan di belakang kelas seorang pelajar K4P4 yg bernama Khairiah melemparkan senyuman yg lebar kepada idlan kemudian dia kembali menumpukan perhatian pada kerjanya. Idlan tersengih setelah En.S berdiri 1meter dihadapan Idlan, dan Idlan mengekori langkah En.S kemudian berjalan mengelilingi kelas lalu duduk di tempat asal nya.

Noona sedang mengambil telefon bimbit saya yg berjenama Nokia model 1208 dan main pemainan Rapid Roll pada telefon itu, dia menekan pad kekunci telefon itu, dia kelihatan agak fokus di situ,Di kanan belakang kelas seorang pelajar lelaki iaitu Syukri*(MSLBAM) asyik berbual bersama PKP K4P4 iaitu Syaza*(SNSBH) sambil menyalin apa yang ditulis pada papan putih. Mereka berbincang mengenai jawapan yang diberikan,

PKP K4P5 Fida*(SFBZ) yg memakai baju kurung berwarna krim berbunga biru dan memakai tudung labuh berwarna biru muda firus dan dia memakai cermin mata sambil memegang pencil mekanikal berwarna biru gelap, dia kelihatan fokus pada En.S kemudian mengambil air yang ada di dalam nya. Dia mengambil kalkulatornya untuk mendapatkan jawapan bagi soalan pada kertasnya,

Pelajar2 dalam makmal seperti kurang bersemangat untuk menyambung kerja. mereka merungut mahu pulang awal. Mereka mungkin hanya menunggu En.S melepaskan mereka.Tetapi En.S ingi melepaskan mereka pada 12.16 kerana beliaun ingin menghantar anaknya ke suatu tempat. Jam menunjukkan tepat 12.16, semua pelajar berkemas untuk pulang.

Tamat

Wednesday 23 January 2013

Kehidupan Di Matrikulasi (Part I)

Assalamualaikum..
Di sini Eddy(A.D) nak story la sedikit sebanyak tentang kehidupan at Matriks ni,,
Kehidupan di sini(matriks) sama je dengan kehidupan manusia lain,,
Sama jugak dengan pelajar sekolah n university,,
Setiap hari pergi kelas,,tambah ilmu,,ada exam,,
Kekadang perkara yang berlaku ada suka, ada juga lara,ada senang ada jugak susah,,
Biasa laa lumrah kehidupan,,Tanpa kita sedar semua tu berlaku ada Hikmah di sebalik nya,,

Tapi kehidupan aku agak berbeza dari orang lain,,
Memang la kan,setiap orang ada pengalaman dan kenalan lain2,,
Depend pada kenalan kita tu la,,,
Macam aku,kenalan yg pertama aku dapat adalah rakan sekelas atau praktikum aku,
K4P5,Di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) in English,Penang Matriculation College(PMC)
Ni aku nak tunjuk sikit laa muka diorang time sesi fotografi,,
Free Pose From K4P5(PMC)
Then,dalam prak ni aku dipilih menjadi ketua,,menggantikan ex-KP(k.praktikum) yg undur diri dari matriks,,,
Ada pulak persatuan antara KP n PKP(pnolong) diberi nama JAKTEE(JAwatankuasa Ketua menTEE)
1st aku tak xtif sangat dgan Jaktee,,tapi lepas Pengerusi nya knal dgn aku,,aku terus aktif,,
Banyak xtvt jaktee aku join,,,
Ni laa antara muka diorang time lawatan ke Langkawi Island,,
Ni la muka2 kenalan aku daripada jaktee time at Masjid berhampiran Jeti Kuala Perlis
Selain diorang semua ni,, ada jugak rakan2 kuliah aku,,Ni la muka2 pelajar lelaki Kuliah K4,,
Pelajar lelaki Kuliah K4 semasa sambutan Silang Budaya KMPP
Ada lagi kenalan yang aku kenal at KMPP ni,, yang aku kenal melalui sukan yang aku selalu main petang2,, iaitu bola keranjang,, tapi gambar takde la aku boleh tunjukkan,,
Bola keranjang sukan yang aku baru je belajar at matriks ni,, agak menarik laa,,

Adalah aku teringat satu kata-kata ni,,Bertambah kenalan adalah sesuatu yang boleh memberi kebaikan,,
Ukhwah dan silaturrahim sesama manusia akan terjalin,,dan In shaa Allah berkekalan,,

Mungkin ini sahaja Post daripada eddy,,, In Shaa Allah ada Part II untuk cerita mengenai pengalaman pulak,,
Juga In Shaa Allah ada sambungan untuk Post Kelas Terakhir Kimia Sem1 yang tergantung,,
Sampai sini je dulu,,jumpa lagi di Post2 akan datang Inshaa Allah,,
Eddy Akhiri Post ni dengan salam,,
Assalamualakum Warahmatullahi Wabarakatu,,